Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke dan CEO Adidas Herbert Hainer telah mendedahkan nama-nama pemain yang terpilih untuk pemain terbaik Afrika Selatan 2010.

Para pemenang akan diumumkan selepas perlawanan akhir pada hari Ahad 11 Julai.

Penerima terdahulu termasuk Paolo Rossi Itali, 1982, Diego Maradona, 1986, dan Zinedine Zidane, 2006.

Calon-calonnya adalah:

Diego Forlan (Uruguay)


Pemain penyerang menarik yang mempunyai pelbagai skil hantaran cantik dan sepakan  jarak jauh yang mampu memusnahkan lawan.

Asamoah Gyan (Ghana)

Penyerang yang bekerja keras yang sering menceroboh kawasan pertahanan. Memiliki kemampuan menggelecek bola yang baik.

Andres Iniesta (Sepanyol) 

Pemain tengah menyerang yang mempunyai permainan bola hebat, bintang untuk pasukan dan membantuk pergerakan ke hadapan.

Lionel Messi (Argentina)


Sebuah potensi besar, mempunyai kelajuan dan kreativiti, menggiring bola, merembat, dan kemahiran hantaran. Seringkali turun untuk membantu pertahanan pasukan.

Mesut Ozil (Jerman)


Sebuah bakat yang nyata untuk masa depan. Mempunyai kaki yang lincah, pemerhatian yang baik dan mempunyai hantaran yang tepat.

Arjen Robben (Belanda)

 
Pemain sayap dengan kelajuan yang tinggi dan kemampuan menggelecek dengan menggunakan kelajuan menembusi ke dalam dari kanan. Merupakan rakan sepasukan yang sebenar.

Bastian Schweinsteiger (Jerman)


Pemain tengah dengan kaki menakjubkan. Seorang penghantar bola yang sangat baik, ada ketikanya mempunyai kecemerlangan individu dan mendapatkan gol kemenangan.

Wesley Sneijder (Holland)

Seorang jeneral tengah padang  dengan tahap kerja yang luar biasa. Dia adalah arkitek untuk serangan Belanda dan sangat baik sebagai penghantar dan penjaring bola.

David Villa (Sepanyol)

Penjaring gol terbanyak setakat ini bersama pemain Belanda Wesley Sneijder. Dia pantas, kedua kakinya berfungsi, sangat baik dalam mengucar-kacirkan pertahanan. Seorang penjaring yang sangat baik.

Xavi (Sepanyol)

Bilik gerakan enjin untuk pasukan. Corak permainan Sepanyol lsesuai dengan gayanya. Salah satu pemain tengah terbaik dalam pertandingan ini.

Tiga pemain sesuai untuk anugerah Pemain muda Hyundai:

Pemain tengah Jerman Thomas Muller, penyerang Mexico Giovani dos Santos dan pemain tengah Ghana Andre Ayew.

LAGI BERITA

MACAM-MACAM ADA
* Agama: Kisah lima perkara aneh

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic