Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Showing posts with label Wigan. Show all posts
Showing posts with label Wigan. Show all posts

Pengurus Birmingham Alex McLeish sedang menjejaki pemain Wigan, Charles N'Zogbia.

Carlo Ancelotti berkata ia akan menjadi satu tragedi jika Chelsea gagal untuk menjuarai gelaran Liga Perdana selepas begitu hampir dan menegaskan sasaran 100 gol bukan menjadi keutamaan dalam pertembungan terakhir menentang Wigan.


Bercakap ketika sidang media perlawanan persediaan terakhir musim Liga Perdana, Ancelotti tiada hasrat untuk meraikan lebih awal atau bercakap tentang statistik selain daripada mengutip tiga mata diperlukan pada perlawanan akhir Ahad ini di Stamford Bridge untuk menjamin gelaran juara Liga Perdana buat kali pertama selepas empat tahun.

Chelsea yang akan melayan kunjungan Wigan tahu kemenangan akan memastikan juara menjadi milik mereka, sementara Manchester United, satu mata di belakang Chelsea, melayan kunjungan Stoke City ke Old Trafford bersedia untuk mengambil kesempatan atas sebarang keciciran skuad Ancelotti. Pengurus Wigan Roberto Martinez telah memberitahu pemainnya untuk bermain sepenuh hati untuk mencipta sejarah peribadi kepada diri pemain, sementara kem United terus berharap berlaku pertukaran gelaran di saat akhir musim Liga Perdana.

Chelsea telah menjaringkan 95 gol setakat musim ini, termasuk tujuh gol di tempat tempat sendiri menentang Stoke, dan lagi lima tidak sepatutnya menjadi masalah jika pemain-pemain Wigan tidak bermain dengan sebaik mungkin. Tetapi Ancelotti enggan untuk mengulas, sebaliknya meminta pemainnya supaya fokus untuk menang perlawanan tersebut atau tidak mereka akan menyesal selamanya atas kegagalan yang memalukan ini.

Kapten Wigan Mario Melchiot memberi amaran kepada bekas kelabnya Chelsea bahawa Latics akan keluar untuk memusnahkan parti gelaran Liga Inggeris mereka Ahad ini.

Chelsea memerlukan tiga mata penuh menentang Wigan untuk memastikan trofi juara akan pergi ke Stamford Bridge minggu ini dan sekiranya kurang daripada itu akan membenarkan Manchester United untuk menamatkan di tangga teratas.

Wigan sudah mengalahkan skuad Carlo Ancelotti 3-1 di DW Stadium awal musim ini dan Melchiot menegaskan The Blues tidak boleh menang mudah di tempat sendiri.

Presiden Wigan Dave Whelan berjanji bahawa mereka tidak akan membenarkan Chelsea melepasi mereka untuk mendapat piala Liga Inggeris Ahad ini, dan menegaskan pasukan Roberto Martinez mempunyai segalanya untuk meranapkan impian parti The Blues yang bertema "for the good of football everywhere."

*Buffon terbuka untuk berhijrah ke EPL
*Manchester City akan berbelanja besar musim panas ini

Chelsea mendahului Manchester United dengan satu mata di tangga teratas dengan kedua-dua kelab akan bermain pada masa yang sama Ahad ini - Chelsea melawan Wigan di tempat sendiri dan United di tempat sendiri melawan Stoke -kelihatan gelaran juara akan kembali ke Stamford Bridge buat pertama kali sejak 2006.

Namun Whelan, rakan kepada pengurus United Sir Alex Ferguson, menegaskan perebutan gelaran juara ini masih belum boleh dipastikan, dan berjanji skuad Wigan akan melakukan yang terbaik untuk memusnahkan impian Chelsea.

Wigan mungkin pernah memberikan kekalahan mengejut kepada Chelsea di DW Stadium awal musim ini, dan juga mengalahkan Arsenal di gelanggang sendiri beberapa minggu lepas, tetapi skuad Latics perlu bekerja lebih keras di Stamford Bridge memandangkan mereka tidak pernah menang perlawanan di gelanggang lawan menentang pasukan tiga teratas.

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic