Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Tottenham telah memberi kenyataan bahawa Gareth Bale telah sain kontrak empat tahun bersama kelab yang akan memastikan dia kekal di White Hart Lane sehingga sekurang-kurangnya 2014.

*Joe Cole sedia pindah ke Spurs

*David Silva sedia pindah ke Manchester United

Bale telah mempamer aksi cemerlang dalam separuh masa kedua musim - tidak pernah memulakan perlawanan sehinggi Januari, dan pemain Wales ini telah menganugerahkan permainan cemerlang termasuklah gol genting kemenangan menentang Arsenal dan Chelsea.

Kemenangan tersebut, bersama dengan kemenangan menentang Manchester City pada hari Rabu, telah membantu menjamin tempat keempat liga buat Spurs dan memastikan Bale akan mempunyai peluang untuk membuktikan dirinya dalam Liga Juara-Juara musim hadapan.

Pengurus Spurs Harry Redknapp memberitahu Soccernet tentang rancangannya untuk tawarkan Bale kontrak pada minggu lepas, berkata: "Bale adalah pemain muda yang menakjubkan dengan masa depan yang cerah, anda akan marah jika fikir saya akan menjualnya.

"Walaupun kelab akan tawarkan Bale kontrak baru, dia telah datang dengan pakej yang cukup sejak beberapa bulan ini dan berhak untuk itu. Dia adalah bakat yang menakjubkan, dan juga pemuda yang baik."

Bale menyertai Spurs ketika berusia 17 tahun dari Southampton pada Mei 2007 dan telah bergelut untuk mempamerkan impak besar sehingga musim ini, tetapi prestasinya ketika menentang Arsenal dan Chelsea baru-baru ini telah memberikan dia anugerah Pemain Bulanan Justify FullLiga Inggeris untuk April, sementara peminat Tottenham menamakannya Pemain Muda Tahunan.


1 Responses to Bale sain kontrak empat tahun bersama Spurs

  1. BudakHitam Says:
  2. agak rugi la bale tak main awal2 season..memang lain macam die main..haha

     

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic