Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Bintang Valencia David Silva telah mengumumkan di berminat untuk menyertai Manchester United musim panas ini.


Silva, 24, telah lama dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Mestalla atas faktor krisis kewangan, dan United dilaporkan berminat.

Bintang Sepanyol ini menegaskan dia amat gembira untuk kekal di Valencia tetapi atas sebab perlukan kewangan, dia sedia pindah ke Old Trafford.

"Apabila anda dengar kelab seperti Manchester United berminat dengan anda, itu adalah penghormatan," katanya kepada Daily Express. "Saya memang mengikuti rapat Liga Inggeris, dan dalam masa beberapa tahun sudah menjadi liga terbaik di dunia.

"Jika ada tawaran hadir, terutamanya kelab seperti Manchester United, adalah amat sukar untuk menolak. Saya gembira di Valencia tetapi setiap pemain ada harga sendiri dan jika mereka mendapat tawaran yang dirasakan bisnes yang baik semuanya boleh berlaku."

1 Responses to David Silva sedia berpindah ke United

  1. APAN Says:
  2. berita yg baik...tpi nak dok celah mne nnti????
    nani da main kiri...da ok pe???
    or nani will play on right side after this???
    how about valencia???
    haha...

    yg penting rase2 striker la...:)