Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Pertahanan Manchester United Rio Ferdinand berharap musim ini akan berlaku kejaiban yang tidak disangka dalam perebutan gelaran juara saat akhir beralih ke United Ahad ini, dan kapten Gary Neville juga berharap pertukaran berlaku dalam musim yang "gila" ini.


United menuju ke hari terakhir musim dengan satu mata di belakang Chelsea, dengan kedua-dua pasukan akan beraksi di tempat sendiri -dengan skuad Sir Alex Ferguson akan melayani kunjungan Stoke di Old Trafford dan skuad Carlo Ancelotti menentang Wigan.

Kemenangan Chelsea sudah cukup untuk memberikan gelaran juara kepada Ancelotti dalam musim pertama beliau di England, tetapi selepas musim yang memperlihatkan pendahulu melepaskan banyak kesempatan, Ferdinand percaya The Blues mungkin tidak mempunyai kemampuan sendiri.

Pemain tengah Darren Fletcher juga enggan mengaku kalah dalam saingan gelaran juara, sebaliknya dengan United tidak mengalami krisis kecederaan, mereka akan menuju untuk sambutan kejuaraan.


BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic