Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Pemain sayap Chelsea, Joe Cole sedang dalam persediaan pindah keluar dari London menuju ke Spurs sekiranya masalah kontraknya bersama Chelsea tidak diselesaikan dalam masa empat minggu lagi.


Kejayaan Tottenham melayakkan diri ke Liga Juara-Juara telah memberi insentif kepada Cole untuk bersama dengan pengurus pertamanya Harry Redknapp.

Spurs dikatakan enggan merombak struktur gaji mereka demi memenuhi permintaan Cole £120,000 seminggu, tetapi masih banyak ruang untuk mencapai perjanjian ini dengan melibatkan jumlah wang pendahuluan yang besar atas perpindahan percuma.

Keinginan utama Cole adalah untuk kekal di Stamford Bridge, walaupun hanya sekali memulakan perlawanan dalam empat perlawanan terakhir.

Tetapi disebabkan Chelsea hanya menawarkan penambahan £5,000 seminggu kepada pendapatannya £4 juta setahun, semuanya mungkin berakhir.

Manchester City, Liverpool dan West Ham semuanya dilaporkan berminat terhadap Cole, yang kontraknya akan berakhir pada hujung bulan.




BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic