Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!


Jurulatih England Fabio Capello belum memaklumkan siapa yang akan menjadi pilihan pertama penjaga gawang di Piala Dunia, tetapi telah memberikan penunjuk kepada David James dengan memberinya jersi No.1.

James nampaknya berada dalam kedudukan selesa untuk memulakan permainan kumpulan pertama England menentang Amerika Syarikat pada tarikh 12 Jun manakala saingannya Robert Green (12) dan Joe Hart (23) telah gagal mendapatkan kemeja yang diidamkan itu.

Di posisi lain, Peter Crouch tampak cenderung bermain bersama Wayne Rooney (10) sepanjang kejohanan selepas dia diserahkan kemeja No.9 dan dengan kecederaan yang menimpa David Beckham, pemain sayap Spurs Aaron Lennon akan memakai No.7 dengan Steven Gerrard dan Frank Lampard masing-masing kekal memakai No.4 dan No.8.

Pemain yang tamat kontrak di Chelsea, Joe Cole mungkin diberikan tugas di sebelah kiri padang tengah setelah diberikan kemeja No.11 sementara pertahanan tetap Glen Johnson dan Ashley Cole masing-masing memperoleh No 2 dan 3.

Senarai nombor jersi skuad England:

1. David James
2. Glen Johnson
3. Ashley Cole
4. Steven Gerrard
5. Rio Ferdinand (capt.)
6. John Terry
7. Aaron Lennon
8. Frank Lampard
9. Peter Crouch
10. Wayne Rooney
11. Joe Cole
12. Robert Green
13. Stephen Warnock
14. Gareth Barry
15. Matthew Upson
16. James Milner
17. Shaun Wright-Phillips
18. Jamie Carragher
19. Jermain Defoe
20. Ledley King
21. Emile Heskey
22. Michael Carrick
23. Joe Hart

LAGI BERITA
* Pasukan Argentina digelar "Kucing Liar" di Afrika Selatan

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic