Arsenal mungkin akan sedia menawarkan pemain bersama wang tunai untuk mendapatkan Laurent Koscielny.
The Gunners telah membuka tawaran £4juta tetapi ditolak oleh Lorient, dan sekarang tampaknya kembali dengan tawaran £7juta, ditambah dengan pemain muda Francis Coquelin dan Armand Traoré.
Kedua-dua pemain sangat bernilai oleh Arsene Wenger, tetapi juga digemari oleh presiden Lorient Loïc Fery, yang mungkin menuntut satu, atau kedua-dua pemain jika beliau terpaksa berpisah dengan pertahana berharganya.
Sementara itu, Koscielny mendedahkan dia tidak berniat untuk berpindah ke pesaing mereka di Liga 1 iaitu Lille, manakala Paris Saint-Germain dan Monaco tetap dalam perburuan untuk bek tengah tersebut.
LAGI BERITA
* Benitez dipecat daripada Liverpool