David Beckham cuba menenangkan Theo Walcott yang patah hati akibat Piala Dunia.
Bekas kapten England itu telah menghantar bintang Arsenal teks sms mendesaknya untuk tidak merasa rendah diri dan meyakinkannya dia boleh kembali lebih kuat di masa mendatang.
Walcott, 21, telah tersingkir dari skuad Fabio Capello ke Piala Dunia, tetapi pemain sayap Arsenal itu rapat dengan Beckham 35 tahun, yang telah terbang keluar bersama skuad England ke Afrika Selatan.
Walcott yang kecewa telah bersumpah untuk bangkit semula, sementara Beckham telah dijemput untuk menjadi sebahagian daripada perancangan Capello untuk Piala Dunia, walaupun dikesampingkan akibat kecederaan Achilles.
Walcott baru-baru ini telah memberi kredit kepada Beckham kerana menjadi pengaruh yang besar pada kerjayanya dan mereka cenderung untuk terus berhubung dalam masa terdekat.
Walcott baru-baru ini berkata: "David sangat hebat untuk saya terutamanya, tetapi juga untuk pemain-pemain lain. Dia merupakan yang terbaik daripada semua orang.
"Yang paling penting yang pernah dia katakana kepada saya adalah hanya menikmati bola sepak dan bermain dengan tanpa rasa takut."
LAGI BERITA
* Pasukan Argentina digelar "Kucing Liar" Piala Dunia