Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Pengurus Bolton Owen Coyle membuat tawaran £2juta untuk penyerang Chelsea Franco Di Santo.

Penyerang itu menghabiskan musim lalu dipinjamkan ke Blackburn tetapi menjaringkan hanya satu gol dalam 22 perlawanan.

Coyle masih berminat terhadap pemain antarabangsa Argentina bawah-20 memandangkan beliau cuba untuk menambah kekuatan serangan bagi pasukannya.

Di Santo, 21, bernilai £3.5 juta ketika Chelsea menandatangani dia dua tahun lalu dari kelab Chile Audax Italiano.

Tetapi mereka boleh bersedia melepaskan pemain hadapan itu untuk membuka ruang bagi para pemain baru yang akan datang pada musim panas.

LAGI BERITA
* David Beckham beri semangat pada Walcott
* Chelsea buru bintang Croatia