Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Pertahanan Bolton Gary Cahill mengaku dia boleh meninggalkan kelab pada musim panas ini untuk bermain dengan mana-mana empat kelab teratas, namun berkata dia masih gembira di Reebok.


*Ferguson ingin dapatkan semula Ronaldo
*Tevez boleh pergi jika tidak gembira

Cahill telah menarik perhatian kelab teratas, sementara pemain berusia 24 tahun ini masih mencuba untuk menempatkan diri bersama pasukan negara bermain di World Cup selepas mengalami kecederaan di lengan.

"Jika pasukan besar mahukan saya datang dan bermain untuk mereka, jadi anda harus menjadi realistik dan melihat kenyataan bahawa itu mungkin keputusan tepat kepada kedua-dua pihak," Cahill berkata kepada Bolton News. "Saya tidak berkata sedikitpun saya ingin tinggalkan kelab. Saya hargai saat saya di sini dan kelab telah melakukan terbaik untuk saya."

"Saya sayang semua staf dan pemain. Tetapi setiap pemain mempunyai cita-cita dan jika peluang untuk bermain dengan empat pasukan teratas hadir jadi saya pasti, seperti pemain lain, anda akan terima dengan tangan terbuka."

Owen Coyle mengakui beliau tidak aka menghalang hasrat Cahill, tetapi pertahanan itu menegaskan dia akan terus fokus kepada tugasnya di Reebok sehingga tawaran itu selesai.

Cahill kini sedang mencari tempat di hati Fabio Capello dalam senarai skuad 30 pemain yang akan pergi ke kem kecergasan di Austria bulan hadapan untuk persediaan ke World Cup.

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic