Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Luis Suarez: Dikaitkan dengan Arsenal

Pengurus Arsenal Arsene Wenger meminta peminat percaya kepada penilaian beliau ketika beliau sedang cuba untuk menguatkan pasukan pada musim panas ini.

*Sergio Aguero ke Chelsea?

Wenger yang kehilangan perancang berharga seperti Robin Van Persie dan Cesc Febregas akibat kecederaan -mengaku satu ada dua tambahan diperlukan untuk memastikan Gunners mampu bersaing mendapatkan piala musim hadapan. Bagaimanapun beliau mahukan urusan jual beli dilakukan secepat mungkin.

Arsenal dipercayai sudah sah akan mendapat khidmat pemain dari Morocco, Marouane Chamakh secara percuma apabila kontrak beliau bersama Bordeaux tamat musim ini. Kelab juga turut dikaitkan dengan pemain Ajax Luis Suarez dan pertahanan Palermo Simon Kjaer.

"Mereka perlu percaya kepada kami. Sejarah membuktikan kami melakukan dengan baik ketika musim perpindahan," kata Wenger. "Musim panas lepas kami membeli Thomas Vermaelen, tiada siapa mengenali beliau dan sekarang beliau sudah berada dalam pasukan tahun ini, jadi mereka harus percaya kepada apa kami lakukan. Seperti biasa kami cuba menjadi bijak, mengambil berat dan menjaga kelab ini pada jalan yang betul."