Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Sir Alex Ferguson berkata beliau tidak akan membayar lebih £60 juta untuk mana-mana pemain kecuali Cristiano Ronaldo.

Manchester United bergelut untuk mengekalkan kejuaraan mereka musim ini setelah pemergian Ronaldo ke Real Madrid, dan beliau menegaskan dana £80 juta hasil penjualan Ronaldo itu masih ada.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bukan cara beliau untuk berbelanja £60 juta ke atas mana-mana pemain dan tidak mungkin beliau akan tawarkan sebegitu tinggi kecuali Ronaldo.

Ditanya sama ada beliau sanggup membayar jumlah tersebut untuk Messi, beliau menjawab "Tidak. Saya akan membayar £60 juta untuk mengambil semula Ronaldo dan itu sahaja."

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic