Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Mancini: Tevez boleh pergi jika tidak gembira

Posted by Tokabaut Sunday, May 2, 2010

Pengurus Manchester City, Roberto Mancini mengaku Tevez boleh keluar daripada kelab sekiranya tidak gembira dengan corak latihan beliau.

Tevez telah memberi komen secara terbuka ketika perlawanan menentang jiran mereka, Manchester United dan pengurus kelahiran Itali ini mengaku telah bercakap dengan Tevez mengenai komen tersebut.

Apabila ditanya media sama ada Tevez gembira atau tidak di kelab, Mancini berkata: "Saya tidak tahu. Tevez mempunyai baki kontrak selama 4 tahun. Tetapi saya tidak tahu."

"Sekiranya beliau tidak gembira, adalah lebih baik beliau tukar skuad. Seandainya pemain hebat tidak berminat untuk bermain di sini, lebih baik mereka pergi ke pasukan lain."

Tevez mengkritik corak latihan Mancini dua kali sesi.

Mancini bagaimanapun terkejut dengan komen tersebut memandangkan Tevez hanya mengikuti sekali sahaja sesi latihan dua kali tersebut.

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic