Sumber dipercayai mengatakan bahawa Jamie Carragher akan dipanggil dalam senarai pendek 30 pemain England oleh Fabio Capello untuk skuad Piala Dunia pada hari Selasa, manakala Joe Cole kelihatan mungkin akan disisihkan sepenuhnya.
Capello masih menghadapi dilema pemilihan, bergantung pada laporan perubatan terperinci untuk diperiksa pada pagi hari pengumuman itu, Gareth Barry dianggap sebagai salah satu pemain England yang sedia untuk diambil risiko walaupun masih mengalami kecederaan pergelangan kaki.
* Terry: Chelsea perlu berbelanja musim panas ini
* Red Knight tidak akan bayar lebih untuk ambil alih United
Ini adalah khabar gembira untuk Carragher, yang mungkin akan kembali ke skuad England selepas tiga tahun pengasingan diri dari arena antarabangsa.
Pemain Liverpool, yang bersara dari bola sepak antarabangsa pada tahun 2007, akan dipilih sebagai pengganti rakan sepasukan kelabnya, Glen Johnson dalam skuad 23-orang terakhir, serta menawarkan sebuah pilihan di tengah jika pasangan Rio Ferdinand atau John terry tiada.
Pertahanan Manchester United Gary Neville yang dijangkakan akan dipanggil semula, tetapi Carragher yang mendapat tawaran dahulu berbanding Wes Brown, keranan pertahanan United ini gagal untuk membuktikan kemampuan dan kecergasan setelah pulih daripada kecederaan.
Sementara Capello bersedia mengambil risiko besar dengan Barry, dan sedang mempertimbangkan memilih Owen Hargreaves, pengurus dari Itali itu tidak mahu mengambil banyak risiko kecederaan pemain lagi, dengan Bobby Zamora tidak mungkin dipilih kerana masalah Achilles yang terus dialaminya.
Jamie Carragher mungkin dipanggil semula skuad England
2010-05-11T12:04:00+08:00
Tokabaut
bola sepak|gosip|gosip bola|Piala Dunia|World Cup|