Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

United akan menjual beberapa pemain ternama selepas tamat musim
Sir Alex Ferguson berjanji akan memperhebatkan lagi Manchester United pada musim panas ini dengan beberapa pemain baru, walaupun jika mereka berjaya mengatasi Chelsea dan memenangi gelaran Liga Inggeris pada Ahad ini.

*Ferguson hanya akan bayar £60 juta untuk beli semula Ronaldo
*Whelan: Wigan mampu musnahkan impian Chelsea

Ferguson mengakui beberapa pemain United akan keluar selepas tamat musim ini.

Dimitar Berbatov, Michael Carrick dan Ben Foster adalah antara pemain yang akan meninggalkan Old Trafford, dan Ferguson sedang merancang semula skuad beliau walaupun sedang dalam persaingan merebut gelaran Liga Inggeris pada perlawanan akhir musim.

"Apa keputusan yang perlu saya lakukan sekarang adalah bagaimana kami boleh menguatkan pasukan," kata Ferguson kepada The Mirror.

"Adakah kami bersedia membina pasukan baru?

"Memandangkan kami sudah menempuh empat gelaran berturut-turut, dua Piala Eropah, perlawanan akhir Piala Liga dan perlawanan akhir Piala FA, sudah tentu ada kesan merudum.

"Anda perlu berhati-hati untuk itu dan tentukan bila masa untuk nafas baru, masa untuk tukar satu atau dua pemain.

"Ini bukan kehendak untuk melakukannya; ini adalah kemestian untuk dilakukan, kerana permintaan dan tekanan terhadap pemain-pemain untuk satu tempoh yang panjang akan menjadi kemahuan.

United sudahpun melakukan beberapa kemasukan pemain muda berbakat ke Old Trafford musim hadapan, dan dengan kemasukan baru bergadingan dengan pemain yang sedia ada di dalam pasukan, Ferguson percaya Red Devils mempunyai masa depan yang cerah.

"Ramai masih belum tahu kami sudahpun membuat perjanjian untuk tiga pemain berharga £20 juta.

"Young Chris Smalling dari Fulham sudah menandatangani bersama kami, Mame Diouf sudah melakukan dengan bagus, dan Javier Hernandez dari Mexico akan menyertai kami selepas Piala Dunia."

"Mereka adalah tiga pemain yang masa depan terjamin di kelab ini.

"Ada juga pemain-pemain lain yang sudah sedia bersama kami seperti Jonny Evans, Faderico Macheda, Gabriel Obertan, Danny Welbeck dan Darron Gibson."

"Jadi kami mempunyai bakat dan asas pemain-pemain yang akan menerajui kelab ini untuk satu tempoh yang panjang."

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic