Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Presiden Wigan Dave Whelan berjanji bahawa mereka tidak akan membenarkan Chelsea melepasi mereka untuk mendapat piala Liga Inggeris Ahad ini, dan menegaskan pasukan Roberto Martinez mempunyai segalanya untuk meranapkan impian parti The Blues yang bertema "for the good of football everywhere."

*Buffon terbuka untuk berhijrah ke EPL
*Manchester City akan berbelanja besar musim panas ini

Chelsea mendahului Manchester United dengan satu mata di tangga teratas dengan kedua-dua kelab akan bermain pada masa yang sama Ahad ini - Chelsea melawan Wigan di tempat sendiri dan United di tempat sendiri melawan Stoke -kelihatan gelaran juara akan kembali ke Stamford Bridge buat pertama kali sejak 2006.

Namun Whelan, rakan kepada pengurus United Sir Alex Ferguson, menegaskan perebutan gelaran juara ini masih belum boleh dipastikan, dan berjanji skuad Wigan akan melakukan yang terbaik untuk memusnahkan impian Chelsea.

Wigan mungkin pernah memberikan kekalahan mengejut kepada Chelsea di DW Stadium awal musim ini, dan juga mengalahkan Arsenal di gelanggang sendiri beberapa minggu lepas, tetapi skuad Latics perlu bekerja lebih keras di Stamford Bridge memandangkan mereka tidak pernah menang perlawanan di gelanggang lawan menentang pasukan tiga teratas.

1 Responses to Whelan: Wigan boleh musnahkan impian Chelsea

  1. Anonymous Says:
  2. I believe this is among the such a lot significant
    info for me. And i'm happy reading your article. But should remark on few basic things, The website style is perfect, the articles is truly great : D. Excellent job, cheers

    Feel free to surf to my web-site; obino