Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Penyerang Tottenham Hotspurs Peter Crouch menjadi wira apabila menjaringkan satu-satunya gol buat Spurs pada minit ke 82 menentang Manchester City lewat malam tadi.

Kemenangan itu menempatkan Spurs di tangga empat liga dan sekaligus layak ke perlawanan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Jaringan Crouch terhasil apabila penjaga gawang City, Marton Fulop yang dipinjam daripada Sunderland gagal menangkap lalu menepis bola hasil tendangan Younes Kaboul sebelum dapat ditanduk oleh Crouch ke dalam gawang.