Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Gianluigi Buffon telah memberi kenyataan bahawa dia terbuka untuk berhijrah ke Liga Perdana Inggeris setelah dia mengaku ada kemungkinan dia akan meninggalkan Juventus pada musim panas ini.

Buffon, 32 mengambil keputusan untuk bersama Juventus apabila mereka pergi ke Serie B pada 2006 tetapi dengan keadaan Juventus sekarang yang sudah terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara, ada spekulasi kuat mengatakan dia akan bergerak keluar.

Penjaga gol Itali ini terbaru ada menafikan andaian dia akan menyertai Manchester City, berkata adalah "tidak mungkin" dia akan pertimbangkan perpindahan ke kelab tersebut memandangkan mereka bukan salah satu kelab elit Eropah, tetapi Manchester United dipercayai berminat.

"Jika saya perlu pergi, saya rasa England adalah destinasi saya," kata Buffon kepada Sky Sport 24. "Keinginan saya untuk tinggalkan Juve adalah sama seperti keinginan Juve untuk saya pergi."

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic