Carlo Ancelotti berkata ia akan menjadi satu tragedi jika Chelsea gagal untuk menjuarai gelaran Liga Perdana selepas begitu hampir dan menegaskan sasaran 100 gol bukan menjadi keutamaan dalam pertembungan terakhir menentang Wigan.
Bercakap ketika sidang media perlawanan persediaan terakhir musim Liga Perdana, Ancelotti tiada hasrat untuk meraikan lebih awal atau bercakap tentang statistik selain daripada mengutip tiga mata diperlukan pada perlawanan akhir Ahad ini di Stamford Bridge untuk menjamin gelaran juara Liga Perdana buat kali pertama selepas empat tahun.
Chelsea yang akan melayan kunjungan Wigan tahu kemenangan akan memastikan juara menjadi milik mereka, sementara Manchester United, satu mata di belakang Chelsea, melayan kunjungan Stoke City ke Old Trafford bersedia untuk mengambil kesempatan atas sebarang keciciran skuad Ancelotti. Pengurus Wigan Roberto Martinez telah memberitahu pemainnya untuk bermain sepenuh hati untuk mencipta sejarah peribadi kepada diri pemain, sementara kem United terus berharap berlaku pertukaran gelaran di saat akhir musim Liga Perdana.
Chelsea telah menjaringkan 95 gol setakat musim ini, termasuk tujuh gol di tempat tempat sendiri menentang Stoke, dan lagi lima tidak sepatutnya menjadi masalah jika pemain-pemain Wigan tidak bermain dengan sebaik mungkin. Tetapi Ancelotti enggan untuk mengulas, sebaliknya meminta pemainnya supaya fokus untuk menang perlawanan tersebut atau tidak mereka akan menyesal selamanya atas kegagalan yang memalukan ini.
chelsea juara musim ni!
My latest entry : Aksi Chelsea Juara Liga Inggeris Musim 09/10 !
chelsea rawk!