Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!


Sepanyol berjaya menjuarai Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan setelah mengalahkan Belanda 1-0.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Andres Iniesta dalam babak kedua masa tambahan pada minit ke 116 setelah mendapat hantaran daripada Fabregas.

Kemenangan ini bagaimanapun dibantu oleh keputusan buruk pengadil perlawanan Howard Webb setelah menafikan sepakan sudut pasukan Belanda. 

Sebelum itu, Heitinga dibuang padang setelah mendapat kad kuning kedua dalam perlawanan walaupun ulang-tayang menunjukkan dia tidak sepatutnya dikenakan kad tersebut.

Lakonan demi lakonan juga berjaya dibawakan dengan jayanya oleh setiap pelakon-pelakon Sepanyol di bawah kendalian pengarah mereka Vicente del Bosque.

Bagaimanapun, dengan jumlah percubaan dan dominasi hampir 63 peratus perlawanan, Sepanyol merupakan pasukan yang lebih layak untuk memenangi kejohanan kali ini.