Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!


1) Miroslav Klose

Bila soal menjaringkan gol di Piala Dunia, tak ada yang lebih baik daripada pemain kelahiran Poland, Miroslav Klose. Hanya pemain Brazil Ronaldo, yang tidak lagi bermain, memiliki jaringan kerjaya Piala Dunia yang lebih  (15) dari Klose (14). Tetapi Klose mempunyai dua perlawanan lebih (Selasa separuh akhir Sepanyol vs Jerman dan sama ada perlawanan akhir kejohanan atau perlawanan tempat ketiga ) untuk meningkatkan jaringannya. Dalam Piala Dunia, dia menjaringkan gol dengan kepala, dia menjaringkan gol secara merembat, dan bahkan satu gol leret. Berharap dia untuk menguji Casillas lebih awal dan kerap.

2) Organisasi

Pasukan bola sepak Jerman selalu dikenali dengan keunggulan organisasinya. Piala Dunia ini tidak berbeza. Pertahanan Jerman cemerlang menjalankan tugas. Pada serangan balasan, pemain bergerak cepat ke ruangan dan menggunakan satu satu sentuhan untuk menembusi pertahanan lawan. Dan dengan pemain tengah Bastian Schweinsteiger tidak kenal lelah menghantar bola, Sepanyol akan kesukaran untuk bertahan.

3) Mereka menyerang awal, jumlah jaringan banyak


Ketika menyerang untuk menghancurkan lawan, Jerman pasti menggunakan " the Powell Doctrine " kekuatan luar biasa. Jika pasukan lain sangat berhati-hati untuk menyerang lawan dengan permulaan yang lambat, Jerman keluar secara agresif. Mereka telah menjaringkan lima gol pada babak pertama perlawanan ini, dua datang di minit pembukaan perlawanan. Dan ketika mereka menjaringkan sekali, mereka melakukan segala yang mereka boleh lakukan untuk menurunkan moral lawan dengan cepat menambah untuk pengiraan gol tersebut. Dalam setiap tiga pesta jaringan dari Piala Dunia (4-0 melawan Australia, 4-1 melawan Inggeris, dan 4-0 melawan Argentina), mereka menjaringkan gol belakang-ke-belakang secara serangan balas, meninggalkan lawan-lawan mereka terkejut dan berkelip.


Tidak setuju? Baca 3 sebab Sepanyol akan menang lawan Jerman