Pengakuan mengejut bekas pengurus England itu dibuat hanya 24 jam selepas Rafa Benitez meninggalkan Anfield, dan memerlukan Merseyside memburu seorang pengurus baru.
Eriksson,yang menguruskan Ivory Coast di Piala Dunia, mengungkapkan: "Saya telah menjadi peminat Liverpool seumur hidup saya.
"Saya tidak pernah menyatakannya ketika saya bertugas memimpin England kerana saya tidak fikir itu adil.
"Saya terkejut ketika mendapat tahu Rafa Benitez keluar.
"Apakah saya ingin menjadi pengurus Liverpool? Ini adalah impian setiap pengurus untuk menguruskan Liverpool."
Eriksson mulai mengikuti Reds semenjak zaman kanak-kanak di Sweden. Dia berkata: "Ayah saya juga seorang penyokong Liverpool dan setiap hari Sabtu kami akan menonton perlawanan Inggeris di televisyen. Itu adalah sorotan dalam seminggu.
" Perlawanan Liverpool kerap disiarkan di televisyen dan kami akan bersorak untuk mereka.
"Mereka sentiasa menjadi pasukan saya dan tidak ada yang berubah.
"Ketika saya mula sertai bidang pengurusan saya dijemput ke Liverpool untuk melihat bagaimana mereka melakukan pelbagai perkara. Joe Fagan adalah pengurus pada masa itu.
"Saya ingat dia menunjukkan kepada saya sekitar Anfield dan membawa saya ke bilik kasut legenda mereka.
"Sungguh suatu keistimewaan dan suatu kehormatan bagi saya untuk dijemput di sana. Saya tidak akan pernah melupakan saat itu.
"Liverpool akan selalu berada tempat khusus di hati saya."
LAGI BERITA
* United dan Spurs minat Alexis Sanchez* Impian Piala Dunia Ferdinand telah musnah