Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Tugas Rafa Benitez sebagai pengurus Liverpool semuanya telah berakhir.

Dewan Lembaga Anfield semalam menutup perbincangan dengan beliau mengenai pembayaran pampasannya.

Dominasi Benitez selama enam tahun berakhir dengan Inter Milan yang sangat berhasrat mengikatnya, seperti didedahkan secara eksklusif dalam The Sun.

Dia ditawarkan £3j untuk meninggalkan tapi menolak kerana kontraknya - yang berbaki empat tahun untuk tamat – member jaminan £16juta.

Era Benitez diLiverpool ditakdirkan tamat apabila ketua Liverpool merasakan beliau telah kehilangan sokongan dari pemain lama.

Dan beliau kemudian tempohnya sudah berakhir selepas sekali lagi pertemuan bersama Pengerusi Martin Broughton dan Pengarah Urusan Kristian Purslow.

Pengurus berasal Sepanyol itu, yang memimpin Liverpool mendapat kejuaraan Liga Juara-Juara tetapi tidak memenangi Liga Perdana, marah disebabkan terlalu sedikit dana diberikan untuk dibelanjakan.

Calon bagi pengganti adalah pengurus Croatia Slaven Bilic, pengurus Turki Guus Hiddink, Jorge Yesus dari Benfica dan pengurus Fulham Roy Hodgson.