Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!


Roman Abramovich masih berhutang £726j atas struktur sistem Chelsea yang kompleks.

Apabila Chelsea membentangkan akaun mereka bagi 2008-09 awal tahun ini, kelab telah mengumumkan pemiliknya, hartawan Rusia Roman Abramovich, telah menghapuskan hutangnya sebesar £726j terhadap kelab, dan menukarkannya menjadi saham.

Tetapi penghapusan itu tidak habis begitu sahaja. Abramovich telah menyalurkan hutangnya kepada kelab, sejak mengambil alih pada 2003 dan mahu membelanjakan bagi mendapatkan trofi, melalui pegangan syarikat Chelsea Limited. Beliau memimjamkan wang kepada Chelsea Limited, yang kemudiannya dipinjamkan pula kepada Chelsea FC plc, yang menjalankan operasi kelab.

Adalah benar bahawa hutang daripada syarikat pegangan kepada Chelsea FC plc telah sepenuhnya ditukarkan dalam bentuk saham pada tahun lepas. Bagaimanapun, tidak untuk hutang Abramovich pada Chelsea Limited, syarikat pegangan yang memiliki Chelsea FC plc. 

Hutangnya masih ada, malah semakin meningkat daripada £701j, kerana Abramovich telah berhutang lagi £25j pada tahun yang Chelsea berbelanja besar, dan pemecatan  Luiz Felipe Scolari bersama skuad jurulatihnya, menghasilkan kerugian sebanyak £47j.

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic