Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Arjen Robben mengatakan Rafael van der Vaart sangat berhasrat bersamanya di Bayern Munich.

Van der Vaart telah gagal untuk mendapatkan tempat di kesebelasan utama pasukan di Real Madrid dan
rakan sepasukannya di Belanda, Robben percaya bahawa dia sangat ingin kembali ke Bundesliga di mana dia sebelum ini bermain untuk Hamburg.

"Rafael mengatakan bahawa Bayern adalah kelab bagus ketika kami bermain bersama di Real Madrid,''kata Robben majalah Kicker.

"Rafa juga orang yang menyarankan saya untuk datang ke Munich," kata Robben. "Dia telah berkata kepada saya bahawa, jika Bayern juga meminta dia datang, dia akan berpindah ke Munich hanya untuk mendapatkan kontrak di sini.

Robben, yang bersama van der Vaart disenaraikan dalam 23 pemain skuad Belanda ke World Cup semalam, menambah: "Dia mahu berpindah ke Munich (ketika dia pergi ke Real) jadi mungkin masih boleh berlaku.''

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic