Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Chamakh sedia pindah ke Arsenal


Penyerang Bordeaux Marouane Chamakh telah pasti dia akan sertai Arsenal pada penghujung musim dan memberi kenyataan dia telah menolak tawaran daripada Tottenham Hotspurs dan Liverpool.

Chamakh, 26, akan tamat kontrak pada musim panas ini dan telah lama dipercayai akan pindah ke Stadium Emirates, dengan Arsene Wenger juga berkata bulan lepas ada "kemungkinan besar" dia akan tiba.

"Saya berasa gembira untuk menjadi sebahagian daripada atmosfera bola sepak Inggeris," kata Chamakh kepada L'Equipe. "Ini sangat menakjubkan.

"Arsenal bukan satu-satunya [yang menawarkan tawaran]. Ada beberapa tawaran daripada Liverpool, Tottenham dan tawaran "gila" daripada Russia yang jauh lebih besar daripada England, tetapi saya fokus untuk bermain di Liga Inggeris.

"Bordeaux telah tawarkan saya sambungan kontrak yang hampir mustahil untuk ditolak, nilai tawarannya hampir sama dengan tawaran Arsenal.

"Saya sentiasa menyukai bola sepak Arsenal. Saya tahu saya boleh sesuaikan diri, tetapi saya ada pengalaman bermain hantaran pendek semasa bekerja bersama Yoann Gourcuff."

Dia menambah: "Saya menghitung hari - 11 hari yang pendek. Semakin masa berlalu, saya merasa pelik. Saya mengalami pelbagai emosi."

Chamakh memberitahu dia mungkin akan setuju untuk teruskan di Bordeaux sekiranya mereka tidak menangguhkan tawaran kepadanya.

"Mereka sepatutnya tawarkan kepada saya setahun lebih awal," katanya. "Saya rasa kelab dan saya tidak memahami antara satu sama lain. Amat jelas kepada saya jika mereka tidak tawarkan sambungan kontrak pada 2009, saya punyai hak untuk keluar, tetapi mereka telah menghalang saya pergi. Saya tidak mahu ambil."

Dia menambah: "Benar saya hampir mengalah [terima tawaran baru] tetapi, pada Februari, saya telah membuat keputusan. Adalah tidak logik untuk sambung kontrak baru dengan pelepasan klaus selepas menolak tawaran Arsenal musim panas lepas."

Chamakh, telah berada di Bordeaux sejak berusia 10 tahun, berasa dia sudah bersedia untuk pergi ke Liga Inggersis.

"Di Bordeaux, saya ibarat budak kecil kelab," katanya. "Di London, saya tidak akan menjadi budak kecil lagi. Saya telah dewasa, saya punyai banyak perkara untuk dibuktikan dan saya amat bermotivasi untuk bersama mereka."

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic