Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Pemain tengah Tottenham Luka Modric telah menandatangani kontrak baru selama enam tahun dengan kelab sekaligus menidakkan laporan tentang kemungkinan pindah ke Manchester United musim panas ini.
* United destinasi sebenar Mourinho

Modric tiba di White Hart Lane dari Dinamo Zagreb pada bulan Julai 2008 dan membuktikan dirinya sebagai pemain penting untuk kelab dalam mendorong kejayaan mereka menempatkan diri dalam empat kelab utama.

Sebuah kenyataan di laman web Tottenham mengatakan:''Kelab gembira mengumumkan bahawa Luka Modric telah menandatangani kontrak baru selama enam tahun yang berjalan sehingga 2016.''

Bercakap mengenai kontrak baru dan cita-cita masa depan, Modric berkata: "Tottenham Hotspur memberi saya kesempatan bermain di Liga Perdana dan saya ingin mencapai kejayaan besar di sini dengan mereka. Ya, ada pertanyaan dari kelab-kelab besar yang lain, tapi saya tidak tertarik kepada mana-mana.

''Menempatkan diri dalam kelompok empat teratas merupakan penunjuk di mana kedudukan kami sebagai kelab dan saya merasa saya dapat terus meningkatkan diri dan meneruskan untuk mencapai apa sahaja yang diingini di Spurs. "

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic