Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!


Javier Mascherano menjelaskan kegagalannya untuk berpindah ke Barcelona musim panas lalu sebagai "sungguh menyesal" dan meragui  masa depannya dalam jangka panjang di Liverpool dengan mendedahkan kesulitan menyesuaikan hidup di England.

Mascherano adalah
sasaran perpindahan bagi juara Sepanyol itu tetapi kesepakatan tidak tercapai antara kedua-dua kelab. Bercakap terus terang tentang perbincangan perpindahan, kapten Argentina itu mengakui bahawa dia sangat ingin meninggalkan Anfield.

* Febregas pindah ke Barcelona minggu depan?

"Situasi di Barcelona benar-benar mempengaruhi saya," kata Mascherano kepada News of the World. "Sangat memalukan itu semua tidak terjadi kerana itu adalah bandar yang sangat ingin saya diami.
"Ada banyak perbincangan dan masalah sejak sebulan setengah tersebut. Itu adalah masa-masa sukar bagi saya. Sekejap kata saya akan ke Barcelona, sekejap kata tidak. Dan Liverpool berkata bahawa saya tidak boleh berpindah.

"Secara psikologi, itu mempengaruhi saya kerana saya tidak boleh berfikir di Liverpool dan saya menumpukan pada hal-hal lain dan tidak pada pekerjaan, latihan dan bermain. Selain itu kami menghadapi masalah dengan Argentina sewaktu kelayakan kami ke Piala Dunia berada dalam bahaya. Ada banyak perkara rumit berlaku pada ketika itu. "

Mascherano juga mengakui keluarganya telah berjuang untuk menetap di Inggeris dan mempunyai masalah kesepian hidup seharian di Merseyside.

"Tidak banyak yang boleh saya lakukan di masa terluang, dan itulah kenyataannya," kata Mascherano. "Saya boleh pergi ke London dengan isteri saya untuk berbelanja tapi saya sudah pergi ke London 1000 kali dan jika saya ingin pergi ke bandar lain saya harus menaiki pesawat.

"Apa yang merungsingkan saya tentang hidup di Liverpool adalah bahawa hanya ada dua orang Argentina sini bersamaku, Emiliano Insua dan Maxi Rodriguez. Insua dan saya tinggal di persekitaran swasta. Dia tinggal di satu menara dan saya tinggal di satu lagi .. Ada jarak 15 meter antara kami dan kami menggunakan tingkap untuk melihat satu sama lain.

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic