Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Chelsea yang menang di Anfield dengan jaringan 2-0 masih belum boleh menjuarai piala EPL apabila seteru utama mereka Manchester United turut menang 1-0 menentang Sunderland.

Sebelum itu di Anfield, Steven Gerrard melakukan kesilapan mudah apabila menghantar bola ke arah Pepe Reina sebelum berjaya dirampas oleh Drogba dan menjaringkan gol pertama Chelsea.

Gol kedua Chelsea dijaring oleh Lampard yang mendapat hantaran lintang Anelka pada minit ke 54.

Di Stadium Of Light pula, Manchester United hanya mampu menang dengan jaringan 1-0 oleh Nani. Bagaimanapun, kemenangan ini memberi harapan terakhir kepada United dalam memburu kejuaraan liga apabila menentang Stoke Ahad depan. Bagaimanapun, sekiranya United menang mereka perlu mengharapkan Chelsea sekurang-kurangnya seri menentang Wigan.

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic