Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Jurulatih Bordeaux Laurent Blanc telah ditawar peluang untuk mengganti Raymond Domenech sebagai jurulatih Perancis dan akan membuat keputusan di akhir musim, menurut laporan surat khabar L'Equipe.

Domenech akan dilucut jawat sebagai jurulatih les Bleus apabila kontrak beliau tamat pada musim panas Piala Dunia dan Blanc telah kerap dikaitkan dengan jawatan tersebut sejak membimbing Bordeaux menjadi juara liga musim lepas.