Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Ben Foster dijangka akan melengkapkan perpindahan bernilai £6 juta dari Manchester United ke Birmingham pada hari Rabu.
Kos perpindahan itu disepakati antara kedua-dua kelab minggu lalu dan Foster dijangka akan ke Midlands untuk ujian perubatan yang akan memeteraikan keluar dari Old Trafford.

Walaupun dia memulakan musim lepas dengan harapan tinggi mengusir Edwin van der Sar dari statusnya sebagai penjaga United pilihan pertama, kesempatan Foster hilang dengan kesalahan besar ketika menentang Manchester City dan Sunderland selama tempoh dua bulan pertama kempen ketika veteran Belanda itu diketepikan akibat kecederaan.

Meskipun melakukan kesilapan, Foster mendapat kepercayaan mewakili England dua kali berturut-turut, menentang Belarus dan Brazil, yang memberikan suatu harapan dia akan mendapat tempat di hati Fabio Capello untuk skuad Piala Dunia.

Sebaliknya, Ferguson mengetepikan dia hampir sehingga ke penghujung musim ini, menyebabkan pemain berusia 27 tahun ini bukan salah seorang daripada skuad sementara Capello ketika beliau menamakannya minggu lalu.

Setelah lima tahun di United, dua tahun daripadanya dihabiskan secara pinjaman ke Watford, Foster telah menerima kenyataan tidak ada masa depan baginya di kelab, terutama apabila Sir Alex Ferguson memujuk Van der Sar untuk menandatangani perpanjangan kontrak satu tahun lagi.

Memandangkan Birmingham memerlukan penjaga gol setelah Joe Hart kembali ke Manchester City berikutan tamat tempoh pinjamannya pinjamannya,  pengurus Blues Alex McLeish tidak membuang masa dalam usaha menjadikan Foster pemain pertama yang menandatangani perjanjian.