Henry, yang tampaknya pasti meninggalkan Barcelona musim panas ini selepas musim yang mengecewakan dengan juara La Liga itu, dilaporkan secara meluas di media AS pada hari Rabu telah bersetuju untuk menurunkan tandatangan.
* Barcelona buat tawaran rasmi untuk Febregas
Dikatakan bahawa Henry akan menandatangani bersama Red Bulls selepas Piala Dunia, dimana Henry akan bermain bersama skuad Perancisdalam pertandingan di Afrika Selatan. Tapi Henry sendiri ingin menumpukan pada Piala Dunia sebelum mempertimbangkan langkah seterusnya dalam kelab bola sepak.
"Untuk ketika ini, tidak ada yang pasti," kata Henry kepada AS. "Saya seorang pemain Barcelona dan mempunyai satu tahun baki kontrak.
"Ketika ini, saya hanya fikir tentang persiapan untuk Piala Dunia bersama Perancis. Saya akan punyai waktu untuk memikirkan masa depan saya selepas itu."
Khabar angin ini tersebar selepas pengumuman oleh pengarah Barcelona Joan Oliver, yang telah mengatakan bahawa laporan-laporan bahawa Henry akan menandatangani untuk kelab Amerika Syarikat "tidak sepenuhnya salah".
Pemain berusia 32 tahun masih memiliki satu tahun baki kontrak di Barca tetapi kelab Sepanyol itu sedia untuk membenarkan dia pergi secara percuma.
Dengan kebarangkalian Henry akan keluar dari Barca, besar kemungkinan juga dia akan pulang ke kelab lamanya Arsenal. Dan ini mungkin sedikit sebanyak menjadi pengganti bagi Wenger sekiranya Febregas pergi ke Barcelona.