Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

BARCELONA telah mengesahkan mereka sedia untuk memulakan tawaran untuk menandatangani Cesc Fabregas ketika mereka kini semakin hampir mendapatkan penyerang Valencia David Villa. Mereka ingin jadikan Villa umpan untuk menarik masuk Febregas.
Naib Presiden Rafael Yuste menyatakan Barca berniat untuk melengkapkan perpindahan Villa sebelum melakukan pendekatan rasmi untuk bintang Arsenal Fabregas.

* Henry kembali ke Arsenal?

Yuste berkata: "Perundingan berjalan dengan baik, terutama dalam kes Villa.

"Situasi dengan Fabregas berbeza kerana walaupun anda mempunyai persetujuan daripada pemain tetapi sangat penting untuk berbincang dengan kelab dan, jika anda mampu, lakukan perjanjian.

"Tapi apa yang membuatnya lebih mudah adalah bahawa kedua-dua pemain ingin datang ke Barca."

Fabregas, yang bermain bersama Lionel Messi dalam barisan muda Barcelona sebelum berpindah ke Arsenal pada tahun 2003, menegaskan dia gembira dengan The Gunners.

Tetapi pemain tengah Sepanyol, 23,itu menekankan keinginannya untuk kembali ke Nou Camp dalam tempoh kerjayanya.

Bercakap pada hujung minggu lepas, dia berkata: "Saya fikir saya ingin pergi ke Barcelona tapi saya tidak tahu bila itu akan terjadi.

"Saya gembira di Arsenal dan saya tidak terburu-buru untuk pergi."

Pemain tengah Barca Yaya Toure boleh digunakan sebagai tawaran dalam perjanjian untuk Fabregas dan agen pemain Ivory itu mengakui Yaya tidak gembira dengan peranan yang sedikit  di bawah kendalian Pep Guardiola.

Dimitri Selcuk berkata: "Toure ingin bermain setiap perlawanan dan kemungkinan dia tidak akan kekal di Barcelona.

"Dia gembira di sana, itu adalah kelab yang besar, tetapi dia tidak mahu menghabiskan waktunya di bangku simpanan."

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic