Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Inter Milan sedang menyiapkan pendekatan rasmi untuk membuat tawaran kepada pengurus Liverpool Rafa Benitez.

Juara Itali itu telah
menerima kenyataan bahawa pengurus Jose Mourinho akan meninggalkan San Siro – ke Real Madrid - setelah perlawanan akhir Liga Juara-Juara hari Sabtu ini, dengan Presiden Massimo Moratti mengakui: "Sekarang ini akan menjadi kejutan jika dia masih kekal."

* Barcelona buat tawaran rasmi untuk Febregas

Pilihan pertama Inter adalah jurulatih Inggeris Fabio Capello, tapi FA telah menutup pintu kepada sebarang perundingan.

Jadi kini Moratti dan pengarah atasan yang lain sedang bersiap untuk perbincangan rasmi dengan ahli lembaga pengarah Anfield untuk membenarkan Benitez pergi.

Secara tidak rasmi kesepakatan sudah berlangsung antara agen Sepanyol itu, Manuel Garcia Quilon, dan Inter - dan pendekatan dapat tercapai paling cepat minggu hadapan.

Tawaran ini menjadi rasmi selepas Inter  bermain dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara melawan Bayern Munich di Bernabeu di Madrid, dan kemungkinan besar ini adalah perlawanan terakhir Mourinho bersama Inter.

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic