Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

BINTANG JERMAN Mesut Ozil mengisyaratkan dia mungkin meniru Michael Ballack dengan bermain di Liga Perdana.

Pemain tengah, 21, itu akan menjadi sebahagian perancangan skuad Jerman dalam pertembungan suku akhir mereka  dengan Argentina esok.

Tetapi dia mungkin akan tergoda dengan tawaran jutaan ringgit daripada Liga Perdana, walaupun La Liga Sepanyol juga menarik.

Ozil hanya satu tahun baki pada kontraknya di Werder Bremen dan menegaskan dia tidak akan membiarkan apa pun untuk menggugat tumpuannya di Afrika Selatan.

Dia berkata: "Piala Dunia adalah segalanya yang penting ketika ini.

"Apabila saya kembali kita boleh berfikir tentang masa depan saya, tapi sekarang itu bukan sesuatu yang ingin saya terlalu fikirkan. Bagi para pemain utama Liga Perdana adalah menarik.

"Anda melihat apa Manchester United dan Chelsea telah capai selama lima tahun terakhir dan anda melihatnya akan mudah untuk berjaya di dua kelab seperti itu.

"Saya melihat apa yang dicapai oleh Michael Ballack di Chelsea dan pemain berkualiti yang dia bermain bersama dan godaan itu menjadi jelas.

"Piala adalah apa yang penting bagi saya. Ada dua pasukan di England selalu di bahagian atas dan tentu saja itu menarik. Tetapi hal yang sama berlaku untuk La Liga.

"Mereka adalah kumpulan terkuat di dunia."

LAGI BERITA

Makluman