Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!


Salam,

Bagi yang mengenali blog Seri Bahasa mungkin sudah almaklum mengenai perkara ini. Jika yang belum mengetahui perkara ini, boleh klik pada link tersebut.

Jadi secara ringkasnya, Mister Linky itu kelihatan seperti aplikasi untuk blogger meletakkan link blog mereka di blog yang ada menyediakan widget tersebut. Tujuan asal meletakkan link di blog tersebut berniat ingin mendapatkan backlink berguna supaya dapat memudahkan carian google bagi blog dan sekaligus meningkatkan rating/pagerank blog.

Namun, backlink yang sepatutnya boleh dicari oleh agen lelabah google. Sekiranya link yang dimasukkan itu tidak dapat dicari oleh lelabah,  maka link itu digelar sebagai deadlink. Deadlink yang terlalu banyak akan membuat prestasi blog merosot.

Perumpamaan ini mungkin betul mungkin salah. Apabila disebut sesawang, semestinya memerlukan banyak jalur benang supaya boleh membentuk satu sesawang yang kukuh dan mudah untuk lelabah bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Maka, sama halnya dengan  laman sesawang yang memerlukan banyak backlink supaya lelabah google dapat mencari blog kita. Apa akan terjadi sekiranya lelabah yang ingin bergerak menemui banyak benang putus? Itulah dinamakan deadlink.

Berbalik kepada aplikasi Mister Linky, hasil kajian saya mendapati link yang diletakkan dalam aplikasi tersebut tidak akan membantu lelabah google menemui blog saya. Ada boleh menggunakan Reciprocal Link Checker untuk membuktikan kata-kata saya. Ini adalah hasil ujian yang telah saya lakukan.

Link Tokabaut dalam Mister Linky

 Hasil ujian di Reciprocal Link Checker. Result: Reciprocal link NOT Found

Ini ujian yang saya lakukan di blog http://neythehummingbird.blogspot.com/. Minta maaf terlebih dahulu kepada empunya blog. Ini bukan berniat untuk menjejaskan kredibiliti saudara sebaliknya sekadar ingin berkongsi maklumat sesama blogger memandangkan ramai juga blogger walaupun sudah lama berkecimpung, tetapi masih tidak mengetahui permasalahan ini termasuklah saya.

Cadangan saya supaya blogger yang ada menyediakan aplikasi Mister Linky ini dapat memansuhkan daripada blog saudara/saudari untuk kemaslahatan kita semua selaku blogger.

Diharap dapat disebarkan maklumat ini kepada rakan blogger yang lain. Segala yang baik datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk daripada kelemahan diri saya sendiri. Terima kasih

Comments (23)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
jgn jadi link farm,biar backlink yg betul betul memberi manfaat..
owh,tak pernah taw pun,wat mister linky pun sebab ramai blog ada benda tu~ terima kasih ye atas maklumat tu~hee,
My recent post susah ke nak jadi baik
waaa...dah banyak dah buh link kat apps mcm ni...xpe eh?
My recent post Error login to gengblogger
1 reply · active 772 weeks ago
Erm, perlu sebarkan kepada blog penyedia widget ini supaya keluarkan link anda dengan segera.
My recent post 7 perkara paling kontroversi Piala Dunia
sye x faham.almaklumlah buta IT. tp scra kasar paham la...
sejak akhir2 ini banyak bloger baru terutama dari Malaysia mengunakan widget ini. seri pun tak tahu apa sebabnya mungkin terikut2 dengan kawan2 tanpa menyelidiki kesan negatif yang akan di terima oleh bloger yang ikut serta dalam link exchange mengunakan mister linky.

untuk pengetahuan para bloger baru, pengguna mister linky akan mendapat faedah dari widget ini tapi sebaliknya kepada bloger yang menyimpan blogroll di laman utama kerana ia tak akan membacklink kepada misterlinky.

My recent post Pantun Dua Kerat
woaa.terima kasih.
Salam.....
Sebenarnya dah lama tau benda ni.....
kalau nak betul2 xchange link, blh senaraikan di widget yg disediakan oleh blogspot dan oleh kedua-dua belah pihak. Jika satu pihak sahaja senaraikan pun tak ada gunanya. Lagi satu, jika kita letakkan/senaraikan url blog pada entry pun tak membawa maksud apa2.
Bagi saya, mungkin penggunaan mister linky untuk memudahkan blogwalking. Ianya wajar dihapuskan jika terdapat iklan tersirat atau pop up window jika kita klik widget tersebut.
My recent post Tips Ghairah Untuk Si Gadis
nak kena buang la...

thanks 4 the info..
lah, nsib x pasang..
tp dh byk jgk post link..hmm
Dah baca kat Seri...so bila ada yg ngajak yas wat dunno jerr..he3!!!
Nk cakap takut ada yg terkecil hati...

My recent post WorlD CuP 20104 Team pilihan Aku
viva sakura's avatar

viva sakura · 771 weeks ago

x pham sgt ape prob nya....maklum laa org br...yg nmpaknya senang nk blogwalking...
cuba dalam Mister Linky saya, dah test rasa tak de masaalah!
My recent post Palmas Beach in Palma de Mallorca
oh..xtau pulak mende2 tu utk backlink..
sebab guna utk exchange links aje..
so,rs sy xde masalah..
hehe..
My recent post Im Backkkkk
pernah try nak buat mister linky tu, tapi tak sesuai untuk blog saya.
lagipun tak terpikir pasal backlink pun.
hee~
Abg Toka, sy check sy punya backlinks terukla..ade check deadlinks, tapi xpaham..huhu..
2 replies · active 771 weeks ago
means u got to remove that deadlink. or inform dat link owner dat u hv add his/her link to ur blog. minta die add ur link kt blog dier plak
My recent post 7 Medical Myths Busted-
Purpleroses's avatar

Purpleroses · 771 weeks ago

Ngah mengkaji lagi ni..pelik gak..huhu..jumpe pulak pasal robot..huhu..robot baik, robot jahat..

Broken link ngan deadlinks xsama kan?
ok2...faham...hehheh
owh, yaka?... be pk nk letak kt belog kiter.... tq, abg toka
My recent post Libresse Sudah Sampai
la...baru tahu..kekekekeke
tq sudi kongsi info..
sy bru daftar Mister Linky tp x bole login.. error apa ntah =p
so bila dpt info cmni, kira x perlu lg laa si Linky tu...

Post a new comment

Comments by

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic