Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Jerman berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir bertemu pemenang antara Sepanyol menentang Paraguay setelah mereka mengalahkan Argentina 4-0.

Gol pembukaan Jerman dijaringkan oleh Thomas Muller seawal minit ke 3 setelah menanduk masuk bola hantaran Bastian Schweinsteiger.

Miroslav Klose menambah derita Argentina yang leka di bahagian pertahanan akibat serangan bertali arus dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke 68 sebelum Arne Friedrich menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke 74.

Miroslav Klose melengkapkan kemenangan bergaya ke atas Argentina apabila menjaringkan gol keempat pada minit 89.

Kemenangan itu sekaligus menamatkan impian Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi untuk merangkul gelaran Piala Dunia di Afrika Selatan setelah dua bekas Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo dan Kaka juga gagal membantu negara masing-masing.

Kekalahan besar Argentina itu juga sekurang-kurangnya dapat membantu skuad England daripada terus dikritik hebat oleh peminat memandangkan Argentina lebih teruk dibelasah oleh Jerman.