Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Roma bersedia untuk membuat tawaran berganda untuk pertahanan Arsenal, William Gallas dan Joe Ledley yang telah tamat kontrak bersama Cardiff.

* Penyerang Benfica dalam pemerhatian Roberto Manchini

Gergasi Itali itu telah mengawasi Gallas selama beberapa bulan dan pengurus Claudio Ranieri menjejaki pemain Perancis itu semenjak berada di Chelsea lagi. Awal tahun ini beliau berkata Gallas adalah "Pemain kelas atasan dan pemain kelas atasan selalu diterima di Roma."

Sementara itu, Ledley yang sedang berada dalam prestasi terbaik, telah menjadi roket bernilai baginya dalam beberapa minggu terakhir ini dan dia sedang ditawarkan perjanjian £20,000 seminggu oleh pemilik baru Cardiff untuk kekal bersama kelab Wales tersebut.

Namun, dia dilaporkan bukan sahaja menjadi sasaran Roma tetapi juga sejumlah kelab Liga Perdana, termasuk West Ham, Everton, Fulham, Wigan dan Bolton, serta Celtic dan Rangers.

Pengarah sukan Roma Daniele Prade dijangkan akan terbang ke London dalam masa beberapa hari lagi dan berbincang dengan Gallas dan Ledley.

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic