Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Robert Pires yang berstatus perpindahan bebas dispekulasikan kembali ke Liga Perdana Inggeris dan pasukan London West Ham United disebut akan menjadi persinggahan berikutnya.

Pemain berusia 36 tahun itu sempat menikmati kejayaan bersama Arsenal selama enam tahun dan menjadi sebahagian penting The Gunners dengan memperolehi dua gelaran Liga Perdana Inggeris dan tiga trofi Piala FA. Pires juga merupakan salah satu watak 'the invicibles' Arsenal yang tampil tidak terkalah sepanjang musim Liga Perdana  tahun 2004.

Musim lalu, bekas pengurus West Ham Gianfranco Zola menyebut Pires sebagai salah satu sasaran perpindahan. Meskipun kini Zola telah pergi, tampaknya The Hammers belum kehilangan minat.

Pires boleh berperanan sebagai pemain sayap atau penyerang dan West Ham merasa pemain berasal Perancis itu mampu mengembang tugas seperti yang pernah dilakukan Teddy Sheringham menjelang menutup kerjayanya.


LAGI BERITA
* Gerrard: Kami semua di belakang Green
* Keputusan perlawanan Piala Dunia