Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Penyerang Manchester United Michael Owen mengaku gembira dengan kemajuan proses pemulihan kecederaan hamstring yang dialaminya awal Mac lalu, walaupun belum sepenuhnya cergas.

Kelibat Owen tidak lagi kelihatan sejak Februari dalam perlawanan Piala Liga ketika pertembungan dengan Aston Villa. Tetapi kini pemain 30 tahun ini berharap untuk segera menyertai rakan-rakannya pada 5 Julai akan dating apabila memulakan latihan pra-musim yang ketika ini adalah sebahagian pemain utama United masih sibuk dengan Piala Dunia.

"Kami belum melakukannya sehingga 5 Julai akan  datang untuk sesi latihan dengan skuad Red Devils, tetapi saya sudah mulai berlatih sejak Jun kerana akan menyenangkan jika saya boleh mulai melakukan segalanya dengan betul bersama pasukan," kata bekas pemain Liverpool kepada Sky Sport News.


 

"Reaksinya kelihatan bahawa saya telah mampu melakukannya. Saya berharap dengan tempoh masa yang banyak dalam latihan pra-musim tidak menghilangkan banyak peluang lagi. Sangat gembira jika dapat mengikuti sepenuhnya pra-musim.. Saya juga telah bekerja tambahan setiap masa. "

Sepanjang musim terakhir, Owen hanya menjaringkan tiga gol daripada 19 penampilan dengan Red Devils. Dia juga tidak mampu menyertai skuad England kerana kecederaan hamstringnya.


LAGI BERITA
* Barcelona buat tawaran lumayan untuk Torres
* Roberto Baggio "baru" muncul di Itali

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic