Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!


Jurulatih Argentina Diego Maradona berkata Brazil masih pilihan utama untuk memenangi Piala Dunia walaupun aksi memberangsangkan ditunjukkan pasukannya.

Ada tanda tanya terhadap kemampuan Argentina dalam piala dunia namun pasukan Maradona itu telah menjadi salah satu pasukan yang paling cemerlang di Afrika Selatan, memungut kemengangan berturut-turut ke atas Nigeria (1-0) dan Korea Selatan (4-1).

Argentina kini di puncak Kumpulan B, 3 mata meninggalkan pasukan lain dan hanya memerlukan 1 mata sahaja lagi untuk memastikan mereka tempat dalam 16 pasukan terakhir.

"Kami bukan calon atau kegemaran, kami di sini untuk bermain Piala Dunia," katanya.

"Saya tidak mahu menjadi pasukan kegemaran, tidak sebelum datang ke Afrika Selatan dan tidak sekarang.

"Semua pasukan di sini boleh menjaringkan gol melawan anda, jadi anda harus waspada sepanjang masa.

"Brazil boleh bermain buruk tapi tetap memenangi perlawanan, itu sebabnya mereka masih pasukan pilihan."

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic