Setelah menang melawan Korea Utara dan Ivory Coast, Canarinha disekat seri tanpa gol oleh skuad Carlos Queiroz, keputusan yang menjamin Brazil tamat di atas kumpulan - dua mata beza dengan Portugal.
Brazil sekarang akan menghadapi Chile dan Julio Cesar yakin ini akan menjadi ujian sulit kerana dia berkata: "Sekarang tahap baru dan lebih rumit dalam kejohanan sudah bermula dan saya yakin bahawa Brazil akan bersedia."
Dia menambah: "Kami telah melakukan apa yang kami harapkan setakat ini dan sekarang kami harus fokus satu perlawanan pada satu masa dan terus memperbaiki permainan setiap perlawanan."
LAGI BERITA
* Philipp Lahm: Wayne Rooney ibarat bom
* Ferdinand: Pemain England perlu ingat papan tanda 5-1