Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Bekas bintang Chelsea Claude Makelele telah menandatangani kontrak baru satu tahun dengan Paris St Germain.

Sebelum ini khabar angin mengatakan dia sudah sedia untuk menggantung kasut selepas kontraknya berakhir pada akhir musim lalu.

Tapi Makelele, 37, dipujuk untuk melanjutkan kerjayanya oleh Presiden PSG Robin Leproux.

Bekas pemain antarabangsa Perancis itu berkata: "Saya setuju kerana saya percaya dengan kelab ini.

"Akan ada beberapa rekrut penting musim panas ini dan sasaran yang menarik - untuk menjadikan kelab ini penting semula di Perancis.

"Saya berkongsi cita-cita jurulatih dan kelab."

Makelele menyertai PSG pada tahun 2008 selepas kerjaya lima tahun yang berjaya di Stamford Bridge. Dia bermain 31 perlawanan untuk jersi Perancis itu musim lalu.


LAGI BERITA
* Benitez terus bersaing dengan Ferguson

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic