Sayap Arsenal dijangka akan mendapat tempat ke Afrika Selatan, tetapi kecederaan yang menimpanya musim lepas dan prestasi yang tidak menentu telah menggugat tempatnya.
Walcott menjadi watak utama selepas mencetak hat-trick di Croatia pada bulan September 2008 semasa pusingan kelayakan tetapi kini menjadi “hero-to-zero”.
Pemain sayap itu tidak member impak besar dalam dua perlawanan pemanasan melawan Mexico dan Jepun dan telah mendapat balasan setimpal atas kesilapannya itu.
Dia menerima panggilan telefon daripada Capello pagi ini ketika dia di padang golf dan diberitahu khabar buruk yang mengejutkan itu.
Ini adalah perubahan yang luar biasa bagi nasib pemain berusia 21 tahun itu, yang empat tahun lalu mendapat panggilan mengejut dalam skuad Sven Goran Eriksson ke Jerman.
Tetapi dia tidak bermain satu minit pun dalam perlawanan Piala Dunia itu, dan dia tidak akan mendapat kesempatan untuk beraksi juga kali ini.
LAGI BERITA
* Gianluigi Buffon mungkin ke Arsenal* Manchester United rancang bawa masuk Mikel Arteta