Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!


Pertahanan barcelona Dmytro Chygrynskiy akan diberikan kepada Arsenal secara pinjaman untuk menurunkan harga Cesc Fabregas.


Disebabkan penilaian Gunners untuk kapten mereka itu yang sangat berbeza dari andaian pengurus Barca, Pep Guardiola dipercayai bersedia menawarkan orang kuat Ukraine itu sebagai nilai tambah dalam perjanjian tersebut.

Juara Sepanyol itu sebelumnya telah menyatakan keinginan mereka untuk tetap memegang Chygrynskiy, yang tiba musim lalu dari Shakhtar Donetsk untuk £21juta, tapi sekarang surat khabar Sepanyol Sport mendakwa bahawa mereka bersedia untuk berkompromi.

Guardiola melihat masa depan di kelab untuk pertahanan, tapi dengan Carlos Puyol, Gerard Pique, dan Gabriel Milito semua di tahap terbaik, pengurus Barca menyedari bahawa peralihan sementara ke Arsenal boleh menguntungkan mereka dalam jangka panjang.

Arsene Wenger meskipun ingin menambah pertahanan dalam skuadnya, namun tidak mungkin akan tertarik dengan konsep pinjaman, terutamanya jika itu bererti mengurangkan beberapa juta dari harga Fabregas.

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic