Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Arsenal beri tamparan kepada Barcelona malam semalam dengan meletakkan harga menakjubkan £80juta untuk kapten mereka Cesc Fabregas.

The Gunners tidak akan mempertimbangkan menjual bintang tengah mereka ini kepada Barcelona meskipun selepas Piala Dunia - walaupun dia telah berkata kepada pengurus Arsene Wenger dia ingin menyertai semula kelab remajanya.

Gergasi Catalonia berharap dengan hanya nilai £30j membolehkan termeterai perjanjian dengan pemain antarabangsa Sepanyol itu sekaligus menumpukan pada Piala Dunia - tetapi Arsenal telah menyatakan dengan jelas mereka tidak mahu mengalah.

Pengurus Wenger secara peribadi masih berharap dengan meletakkan harga pada Fabregas, 23, boleh menghalang dia keluar.

Sumber atasan Arsenal berkata: "Ini boleh sampai ke tarikh 31 Ogos dan tidak akan membantu sesiapa pun.

Situasi “dia akan” “tidak akan” ini hampir sama dengan yang kami hadapi dengan Patrick Vieira hampir setiap musim panas sehinggalah dia pergi ke Juventus.

"Tapi tentu saja kesan dari kesepakatan akhir boleh menjadi serius, khususnya bagi Arsenal kerana perancangan mereka untuk musim ini akan tergendala kerana tidak akan ada masa untuk mencari dan, yang lebih penting, mendapatkan pengganti .."

Arsenal berfikir jika pemain itu menyerlah dalam Piala Dunia nilainya akan melonjak naik.

Semalam Fabregas, yang diketepikan akhir musim lalu akibat patah kaki, hadir dalam sesi latihan penuh bersama Sepanyol.

Comments (5)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
hiking up the price so that others cant buy? =)
1 reply · active 783 weeks ago
So that Barca can't buy exactly=)
My recent post Wenger: Beri saya £80juta dan Febregas boleh pergi
bagus.. kalau barca sanggup boleh la wenger beli player lain ngan 80 juta tu.. hahah
1 reply · active less than 1 minute ago
dia letak harga tu sbb xnk bg Febregas blah tuh...hehe
My recent post Wenger: Beri saya £80juta dan Febregas boleh pergi
agak2 la wenger..ilang akal aper..ronaldo dgn messi blh la 80 juta..betullah tu..die tak nak fabregas blah tu

Post a new comment

Comments by

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic