Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Barcelona bersedia untuk meneruskan serangan mereka pada Arsenal dengan menawarkan pembelian pemain serba boleh Arsenal , Emmanuel Eboue.

Dengan hanya Dani Alves beroperasi sebagai bek kanan Barca, Pep Guardiola bimbang tentang kekurangan pelapis, dan telah mengenalpasti empat calon berpotensi untuk menggantikan pemain Brazil itu.

El Mundo Deportivo menyenaraikan Eboue, Rafinha dari Schalke, Cristian Ansaldi dari Rubin Kazan, dan Cesar Azpilicueta dari Osasuna sebagai nama dalam pemerhatian juara Sepanyol itu.

Namun, Guardiola menghadapi dilema apakah untuk mengejar pemain berpengalaman seperti pemain Arsenal itu, atau memilih bintang yang sedang meningkat yang boleh suatu hari menggantikan tempat Alves .

Arsene Wenger dalam masa yang sama tidak akan mengalu-alukan sebarang tawaran untuk cuba membawa keluar Eboue dari utara London, memandangkan pemain Ivory Coast itu telah berubah menjadi pemain skuad berharga, serta sebagai wira di Stadium Emirates sepanjang musim lalu.