Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Menurut As, Manchester United menganggap Rafael van der Vaart sebagai pemain yang mampu mengisi posisi Paul Scholes.

Van der Vaart beraksi cemerlang bersama Real Madrid musim ini meskipun pada awalnya sukar mendapatkan tempat dalam pasukan setelah kedatangan Cristiano Ronaldo dan Kaka. Ramai dikatakan akan
berpindah dari Santiago Bernabeu, tetapi Van der Vaart tetap bertahan dan mampu menyumbangkan enam gol serta enam assist dalam 29 penampilan musim ini.

Penampilan tersebut sudah cukup meyakinkan Sir Alex Ferguson untuk membida pemain tengah Belanda ini sebagai pengganti Scholes yang sudah berada di penghujung kerjaya.

Nilai yang ditetapkan Madrid untuk Van der Vaart adalah berjumlah €23 juta. Meskipun Van der Vaart masih berkeinginan bersama Madrid, kemungkinan perpindahan tetap terbuka kerana kelab memerlukan dana bagi projek mega Galacticos mereka.