Nani, pemain tengah Manchester United tidak akan menyerah kalah impian menjadi juara selepas mengalahkan Sunderland Ahad lepas.
Nani menjaringkan gol pada minit ke 28 memberikan kemenangan kepada United di Stadium Of Light dan mengekalkan jarak satu mata di belakang pendahulu Chelsea. Bagaimanapun, dengan baki satu perlawanan musim ini, agak sukar untuk mereka memintas Chelsea.
Pasukan Sir Alex Ferguson yang akan melayan kunjungan Stoke di Old Trafford pada Ahad ini tahu kemenangan tidak cukup andai kata Chelsea mengalahkan Wigan di Stamford Bridge, namun tiada siapa di kem United ingin mengaku kalah.
"Kami masih sebuah pasukan, kami bersama dan kami akan berlawan sehingga peluang terakhir," kata Nani. "Kami masih punyai peluang. Anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku di dalam bola sepak. Kadang kala dalam hidup, ia sangat susah, tapi kami harus menang perlawanan kami."
Penjaga gol Edwin Van Der Sar juga mengaku hanya kejutan pada Wigan yang mampu memberikan trofi kepada Old Trafford, tetapi percaya United akan melakukan tugas mereka dan selebihnya hanya berharap.
"Kami memerlukan jasa besar daripada Wigan" kata Van Der Sar. "Adalah bagus sekiranya kami satu mata di depan. Kami bukan mendahului -ia sangat susah- tetapi kami harus lihat apa yang boleh kami lakukan minggu ini semasa sesi latihan.
"Semoga semua sudah pulih daripada perlawanan ini dan kami punyai perlawanan menarik untuk penyokong kami Ahad ini. Kami masih di sana."
aku pun percaya yg man utd akan jadi juara itu pun jika chelsea xmain game last lah. hahahaha
Tokabaut tak kesah...saper2 pun menang ok...gosip tetap diteruskan=)